Pages

Subscribe Twitter

Saturday, July 10, 2010

Pergi ke Pekan la Mak...

         Di hujung kampung yang bernama Kampung Selora tinggal sebuah keluarga yang hidup serba tak kena... Mereka ialah Pak Ali, Mak Jah dan anak tunggal lelaki kesayangan mereka iaitu Sop.... Nak dijadikan cerita, pada suatu hari Mak Jah memesan kepada Sop untuk ke pekan untuk membeli barangan dapur memandangkan bekalan mentah mereka telah berkurangan... 

    "Soppp tolong mak pegi pekan jappp... barang mentah nak masak dah habis nihh... nanti korang jugak yang kebulur takde ape2 nak makan"; begitulah laung Mak Jah kepada Sop anak manja kesayanganya...
   
    Sop dengan malasnya menyahut "Alah makk... kite bungkus ajerlah kat mane2 kedai... Sop malas lah nak pegi sane... jauhhh..."; lebih kurang begitulah sahut si anak bertuah itu...

    Si emak pun pun membalas "Alah engkau ni... belajar2 lah tolong2 mak... lagipun engkau sorang aje lah yang boleh mintak tolong pun... ayah kamu tak berape sihat nih... tolong la mak yer..."
  
Kebiasaannya Pak Ali yang akan pergi ke pekan membeli barang-barang keperluan tetapi memandangkan dia tidak berapa sihat maka sebagai anak Sop lah yang perlu memainkan peranan untuk menggalas amanah emaknya itu...

    Sop pun dengan hati yang tidak rela menjawab "yelah2 bagi la Sop duit... Sop pegi beli... Mak tolong tulis ape yang nak kene beli nanti Sop takut telupa pulak"; begitulah katanya...

Seletelah mengambil pesanan emaknya, dia pun terus mengambil kunci motor ayahnya dan menunggangnya menuju ke destinasi yang telah diberitahu si emak tadi tanpa berkata apa2... bertuah betul si anak ini...

Jam telah pun menunjukkan pukul 2 petang... namun, kelibat batang hidung si Sop masih lagi belum menjengah di rumah... Ini menyebabkan Mak Jah tertanya2 kemana sebenarnya anak bertuahnya itu pergi...

    "Ishhh... dah 2 jam aku tunggu nih batang hidung pun tak nampak2 lagi... kemana budak ni pegi agaknye... takkan tolong tauke kedai bungkus barang kottt... hissshhh!!!"; begitulah kemusyikalan yang terbekung di benak fikiran si emak...

Akhirnya setelah 3 jam barulah muncul kelibat anaknya itu di halaman rumah... Sop kelihatan agak letih... mungkin banyak barang yang dipesan emaknya tadi...

    "Nah makk... ini barang yang mak pesan tadi.."; tegur Sop sambil memberi barang tersebut kepada emaknya...

Mak Jah membalas.. "Kau ni kemana sebenarnye Soppp?? takkan beli belacan ni aje amik mase sampai berjam2??"; tegur Mak Jah penuh tanda tanya...

JENG... JENG... JENG... Cube anda teka apakah jawapan yang di beri Sop?? hehehe... Saya tahu yang anda pastinya tidak tahu jawapanye jadi, teruskanlah membaca ye hehehe...

Maka dengan sepenuh hatinya Sop menjawab... "Saye pegi tempat yang mak suruh tadi la... Pekan (bandar di Pahang yang mengambil masa 3 jam perjalanan dari rumah Sop) kan?? saye pegi sane la.. nape lah mak suruh saye pegi jauh2 kat bandar sane sedangkan kat pasar kampung kite ni pun ade belambak belacan... 

Mak Jah dengan sadisnya berkata.." Ala Sopppp (dengan nada macam filem P.Ramlee tuh ~ "Alaa Kasssimm" hehe...) nape la kau jd sampai ke tahap nih.." tegur Mak Jah sambil menggelengkan kepalanya membuatkan si Sop menggaru kepala kebingungan... 

Begitulah alkisahnya mereka anak beranak... Oleh kerana ke"bertuahan" si anak, satu keluarga menjadi haru biru... Nampak sangat dia tak pernah tolong maknye hehehe... 

                                                                ~ TAMMAT ~

P.S   Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran bagi anak2 bertuah yang selalu dimanjakan diluar sana... Ambil tahu lah apa yang berlaku di sekeliling anda. Luangkanlah masa bersama emak dan ayah membuat kerja2 yang patut supaya anda tidak digolongkan seperti si Sop tadi hehehe... Selamatttt....









Bagaimana Menafsir Kod Perintang

          Perintang merupakan salah satu daripada berjenis-jenis komponen elektronik pasif yang telah dicipta pada era ini. Penggunaan perintang dalam industri elektrik dan elektronik amat meluas terutama dalam pembangunan bermacam-macam peralatan dan mesin-mesin moden. Gambarajah di bawah menunjukkan jenis-jenis perintang yang ada di pasaran masa kini: 


Antara fungsi utama komponen ini ialah sebagai penentang arus elektrik, pembahagi arus, pembahagi voltan, pemacu arus dan sebagainya mengikut cara penggunaannya di dalam litar elektrik dan elektronik. Secara umumnya boleh dikatakan perintang merupakan komponen asas yang pasti ada dalam setiap litar elektrik dan elektronik yang dibangunkan. 

Tahukah anda bahawa perintang mempunyai kod-kodnya tersendiri untuk menentukan nilainya? 

Jika anda seorang juruteknik atau perekacipta tersilap memilih nilai untuk dimasukkan ke dalam litar anda maka litar tersebut berkemungkinan tidak berfungsi dengan baik atau rosak. Justeru, pemilihan nilai yang bersesuaian adalah penting bagi memastikan litar yang dibangunkan dapat berfungsi dengan efisien dan konsisten.

Bagaimanakah caranya menentukan nilai kod perintang?

Setiap perintang mempunyai warnanya yang tersendiri. Secara umumnya, bagi perintang tipikal anda akan dapat lihat bahawa terdapat 4 garisan berwarna meliliti printang tersebut. warna-warna tersebut berfungsi sebagai kod nilai bagi setiap perintang yang digunakan. Sila rujuk gambarajah di bawah:


Merujuk kepada jadual kod perintang di atas, setiap warna mempunyai nilai digit yang tersendiri. Ia telah disusun mengikut turutan lilitan warna seperti yang terpapar di permukaan perintang (1st, 2nd, 3rd dan 4th band). Sebagai contoh; katakan anda mempunyai perintang yang mempunyai perintang yang lilitan warna pertamanya ialah biru, lilitan kedua merah, lilitan ketiga oren dan lilitan keempat emas; maka bacaan nilai bagi perintang anda ialah seperti di bawah:

           6 (Biru) 2 (Merah) x 10^3 (Oren)
 = 62 x 10^3
= 62 x 10000
= 620 KOhm
(Nilai kod warna keempat boleh diabaikan kerana ia hanyalah nilai toleran +/-)
Analisis

Nilai dua lilitan warna dari kiri iaitu Biru dan Merah ialah nilai yang diambil bacaan yang sama, manakala nilai kod warna lilitan yang ketiga perlu terlebih dahulu dikuasakan oleh 10 untuk mendapatkan nilai yang sebenar. 

            Kemahiran menafsir kod warna perintang ialah amat penting bagi sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu elektrik dan elektronik. Hal ini adalah kerana ia merupakan asas dan kunci kepada pemahaman sistem dan fungsi elektronik yang semakin kompleks dan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. 

Pengenalan kepada Komputer

        Komputer ialah satu peralatan elektronik yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ia berupaya menjalankan berbagai fungsi bergantung kepada arahan yang diinput oleh pengguna. Operating System (OS) ataupun Sistem Operasi merupakan nadi kepada fungsi komputer. Tanpa OS maka komputer hanyalah dapat memaparkan skrin hitam/biru dengan paparan booting. Secara umumnya komputer terdiri daripada 2 item iaitu perkakasan dan perisian. 

          Perkakasan merujuk kepada beberapa bahagian-bahagian komputer yang membentuk satu sistem yang lengkap. Ia terdiri daripada papan kekunci, monitor, speaker, mouse, CPU (Central Processing Unit) dan printer. Berikut ialah fungsi bagi setiap perkakasan tersebut:

  1)     Papan Kekunci     -     Menerima input daripada pengguna.
  2)     Monitor                -     Memaparkan status input yang diproses.
  3)     Speaker               -     Mengeluarkan bunyi.
  4)     Mouse                 -     Mengerakkan kursor.
  5)     CPU                    -     menerima input dan memprosesnya.
  6)     Printer                  -     Mengeluarkan ouput.

       Perisian merujuk kepada sistem operasi yang membolehkan komputer menjalankan berbagai fungsi-fungsi khas untuk kegunaan pengguna. Terdapat berbagai jenis sistem perisian yang dibangunkan bagi tujuan ini dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Antara perisian-perisian yang sering digunakan dalam hidup kita seharian ialah seperti MS Office, Adobe Photoshop, Winamp Media Player, dan sebagainya. 

      Kesimpulannya, perkakasan dan perisian ialah item yang penting bagi sesebuah komputer bagi membolehkan ia berfungsi dengan optimum dan membantu manusia dalam menguruskan kehidupan harian dan meningkatkan produktiviti dan kemajuan negara. 

Tips Menjaga Berat Badan

       Pengambilan makanan yang seimbang memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan tahap kesihatan yang stabil. Apabila kesihatan berada pada tahap yang stabil, maka tidaklah berlakunya kenaikan berat badan yang berlebihan. Tidak dinafikan bagi perempuan yang sudah berkahwin berat badan mereka akan menigkat mendadak oleh kerana ransangan hormon di dalam badan mereka. Namun jika dikawal dengan penuh disiplin, berat badan mampu dikekalkan di tahap yang normal.


Piramid Makanan Seimbang

              Gambarajah di atas menunjukkkan sebuah Piramid Makanan Seimbang sepertimana yang disyorkan oleh pakar-pakar nutrisi dunia. Merujuk kepada gambarajah tersebut, kita disyorkan melbihkan pengambilan makanan yang berasaskan bijian dan mengandungi serat yang tinggi, hal ini demikian kerana makanan yang tersebut mempunyai kemampuan untuk membantu sistem pencernaan untuk berfungsi dengan lebih baik. Serat amat membantu dalam menyerap kandungan kolestrol yang berlebihan di dalam sistem darah manusia sekaligus menyingkirkannya melalui sistem perkumuhan. Contoh makanan yang mengandungi serat yang tinggi ialah Oat. Amalkan mengambil hidangan Oat dengan kerap untuk membantu melancarkan sistem darah anda. Tidak kurang penting juga pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menambah kesegaran badan kerana ia mengandungi kandungan air dan nutrien yang tinggi yang amat membantu dalam menyumbangkan tenaga kepada sistem badan manusia.

       Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan lemak, karbohidrat yang tinggi hendaklah dikurangkan bagi mengelakkan belakunya pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan yang mana ia boleh menyebabkan obesiti atau kegemukan. Pengambilan lemak dan karbohidrat yang tidak dikawal secara baik bukan sahaja mengakibatkan obesiti, malah boleh menyumbang kepada berbagai jenis penyakit yang lain seperti kencing manis, darah tinggi, strok, penyakit jantung dan sebagainya. Oleh itu amalkan pengambilan makanan yang berlemak dan berkarbohidrat secara sederhana untuk mengelakkan lebih banyak komplikasi yang lebih teruk.

              Senaman yang teratur dan dilakukan dengan penuh disiplin juga boleh membantu dalam membentuk tubuh badan yang ideal. Hal ini demikian kerana, senaman dapat membakar jumlah kalori yang berlebihan di dalam badan sekaligus melancarkan pengaliran darah dan membantu meningkatkan dan memperbaiki sistem badan manusia supaya dapat berfungsi dengan optimum. Apabila badan cergas maka kehidupan seharian akan lebih bermakna dan memyeronokkan.

          Kesimpulannya, pengambilan makanan yang seimbang dan dikawal dengan teratur, bersama amalan bersenam yang konsisten ia mampu membentuk tubuh badan lebih ideal sekaligus meningkatkan produktiviti dalam meniti kehidupan seharian yang serba mencabar ini. 

            "Amalkan Gaya Kehidupan Yang Sihat"