Pages

Subscribe Twitter

Saturday, July 10, 2010

Tips Menjaga Berat Badan

       Pengambilan makanan yang seimbang memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan tahap kesihatan yang stabil. Apabila kesihatan berada pada tahap yang stabil, maka tidaklah berlakunya kenaikan berat badan yang berlebihan. Tidak dinafikan bagi perempuan yang sudah berkahwin berat badan mereka akan menigkat mendadak oleh kerana ransangan hormon di dalam badan mereka. Namun jika dikawal dengan penuh disiplin, berat badan mampu dikekalkan di tahap yang normal.


Piramid Makanan Seimbang

              Gambarajah di atas menunjukkkan sebuah Piramid Makanan Seimbang sepertimana yang disyorkan oleh pakar-pakar nutrisi dunia. Merujuk kepada gambarajah tersebut, kita disyorkan melbihkan pengambilan makanan yang berasaskan bijian dan mengandungi serat yang tinggi, hal ini demikian kerana makanan yang tersebut mempunyai kemampuan untuk membantu sistem pencernaan untuk berfungsi dengan lebih baik. Serat amat membantu dalam menyerap kandungan kolestrol yang berlebihan di dalam sistem darah manusia sekaligus menyingkirkannya melalui sistem perkumuhan. Contoh makanan yang mengandungi serat yang tinggi ialah Oat. Amalkan mengambil hidangan Oat dengan kerap untuk membantu melancarkan sistem darah anda. Tidak kurang penting juga pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menambah kesegaran badan kerana ia mengandungi kandungan air dan nutrien yang tinggi yang amat membantu dalam menyumbangkan tenaga kepada sistem badan manusia.

       Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan lemak, karbohidrat yang tinggi hendaklah dikurangkan bagi mengelakkan belakunya pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan yang mana ia boleh menyebabkan obesiti atau kegemukan. Pengambilan lemak dan karbohidrat yang tidak dikawal secara baik bukan sahaja mengakibatkan obesiti, malah boleh menyumbang kepada berbagai jenis penyakit yang lain seperti kencing manis, darah tinggi, strok, penyakit jantung dan sebagainya. Oleh itu amalkan pengambilan makanan yang berlemak dan berkarbohidrat secara sederhana untuk mengelakkan lebih banyak komplikasi yang lebih teruk.

              Senaman yang teratur dan dilakukan dengan penuh disiplin juga boleh membantu dalam membentuk tubuh badan yang ideal. Hal ini demikian kerana, senaman dapat membakar jumlah kalori yang berlebihan di dalam badan sekaligus melancarkan pengaliran darah dan membantu meningkatkan dan memperbaiki sistem badan manusia supaya dapat berfungsi dengan optimum. Apabila badan cergas maka kehidupan seharian akan lebih bermakna dan memyeronokkan.

          Kesimpulannya, pengambilan makanan yang seimbang dan dikawal dengan teratur, bersama amalan bersenam yang konsisten ia mampu membentuk tubuh badan lebih ideal sekaligus meningkatkan produktiviti dalam meniti kehidupan seharian yang serba mencabar ini. 

            "Amalkan Gaya Kehidupan Yang Sihat"
             

0 comments:

Post a Comment