Pages

Subscribe Twitter

Saturday, July 10, 2010

Bagaimana Menafsir Kod Perintang

          Perintang merupakan salah satu daripada berjenis-jenis komponen elektronik pasif yang telah dicipta pada era ini. Penggunaan perintang dalam industri elektrik dan elektronik amat meluas terutama dalam pembangunan bermacam-macam peralatan dan mesin-mesin moden. Gambarajah di bawah menunjukkan jenis-jenis perintang yang ada di pasaran masa kini: 


Antara fungsi utama komponen ini ialah sebagai penentang arus elektrik, pembahagi arus, pembahagi voltan, pemacu arus dan sebagainya mengikut cara penggunaannya di dalam litar elektrik dan elektronik. Secara umumnya boleh dikatakan perintang merupakan komponen asas yang pasti ada dalam setiap litar elektrik dan elektronik yang dibangunkan. 

Tahukah anda bahawa perintang mempunyai kod-kodnya tersendiri untuk menentukan nilainya? 

Jika anda seorang juruteknik atau perekacipta tersilap memilih nilai untuk dimasukkan ke dalam litar anda maka litar tersebut berkemungkinan tidak berfungsi dengan baik atau rosak. Justeru, pemilihan nilai yang bersesuaian adalah penting bagi memastikan litar yang dibangunkan dapat berfungsi dengan efisien dan konsisten.

Bagaimanakah caranya menentukan nilai kod perintang?

Setiap perintang mempunyai warnanya yang tersendiri. Secara umumnya, bagi perintang tipikal anda akan dapat lihat bahawa terdapat 4 garisan berwarna meliliti printang tersebut. warna-warna tersebut berfungsi sebagai kod nilai bagi setiap perintang yang digunakan. Sila rujuk gambarajah di bawah:


Merujuk kepada jadual kod perintang di atas, setiap warna mempunyai nilai digit yang tersendiri. Ia telah disusun mengikut turutan lilitan warna seperti yang terpapar di permukaan perintang (1st, 2nd, 3rd dan 4th band). Sebagai contoh; katakan anda mempunyai perintang yang mempunyai perintang yang lilitan warna pertamanya ialah biru, lilitan kedua merah, lilitan ketiga oren dan lilitan keempat emas; maka bacaan nilai bagi perintang anda ialah seperti di bawah:

           6 (Biru) 2 (Merah) x 10^3 (Oren)
 = 62 x 10^3
= 62 x 10000
= 620 KOhm
(Nilai kod warna keempat boleh diabaikan kerana ia hanyalah nilai toleran +/-)
Analisis

Nilai dua lilitan warna dari kiri iaitu Biru dan Merah ialah nilai yang diambil bacaan yang sama, manakala nilai kod warna lilitan yang ketiga perlu terlebih dahulu dikuasakan oleh 10 untuk mendapatkan nilai yang sebenar. 

            Kemahiran menafsir kod warna perintang ialah amat penting bagi sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu elektrik dan elektronik. Hal ini adalah kerana ia merupakan asas dan kunci kepada pemahaman sistem dan fungsi elektronik yang semakin kompleks dan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. 

1 comments:

Odai said...

tanya sket.. bukan ke Biru Merah Oren bernilai 62000 ohm bersamaan 62K ohm?

Post a Comment